Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh keluarga Mansor's Family dan juga semua yang membaca blog ini.
Macam biasa, bulan puasa ni ramai yang berniaga.. cuma gambar2 x dapat nak amik lagi di sebabkan xde masa yang sesuai..
nnt kalau ade pape yang best, akan update k.
Goodbye

Wednesday, August 19, 2009

apa itu H1N1

Penerangan ringkasan tentang wabak yang manusia satu dunia takut.
'H' bermaksud Hemagglutinin protein'N' bermaksud Neuraminidase proteinH1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.
Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan.
Terdapat 16 jenis avian lain lagi.Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009.
Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.
Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.
Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah. Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.
Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.
Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya.
Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah.
Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar.
* Basyir cakap selsema mencarut.

pancing dan memancing

lately, family kite dah ade hobi baru iaitu memancing.. oleh itu, sesiapa yang nak join pesta pancing tu pegi je kat kolam pancing Sungai Sembilang.. huhu.. bayar sendiri.. ade lagi hobi yang lain2 ke..? kalau ade pun hobi kakcu je dah nak dekat raya ni.. wat kueh raya...
erm.. huhu .end~

Saturday, August 15, 2009

New Update...

hurm.. lame dah x update blog family nih..
maklumlah.. hidup merempat sane sini.. Erm..
Syoknya da dok umah.. nantikan kemunculan post yang terbaru k.. Goodbye~

Saturday, April 19, 2008

Salasilah Keluarga Mansor


Akum to all... Kali ni aku nak kenalkan anak menantu dalam keluarga mansor.. Setelah beberapa bulan dalam kajian dan aku rase ini adalah salasilah yang boleh di guna pakai untuk mengenali pakcik2 dan makcik2 (sape2 yang same peringkat dengan aku). Penting atau tidak salasilah ni di buat, anda fikir la sendiri.. Dan pada sape2 yang x kenal name2 yang ada di paparkan ni, drop comment n nanti aku gtaw. Dan kalau ada yang tertinggal pun bgtau la. Bukan senang nak dapatkan source yang lengkap dan tepat ni.. Aku nak buat salasilah ni bergambar tapi memandangkan x cukup sources... Erm, rasenya semuanya kenal kot.. huhuhu..


*Click Image To Enlarge

Kepada cucu2 menantu keluarga mansor patut tau lah salasilah keluarga kitorang.. Semua keluarga anak2 mansor ni rapat di antara satu sama lain dan di harap perhubungan itu akan kekal kepada keturunan masing2..

*Hormat yang tua dan abaikan sengketa.. -peace

Thursday, April 17, 2008

Ini 'Kite' mase kecik2 dulu kan..?


Gambar ni aku dapat aku geledah koleksi gambar lame2 adik aku simpan.. then terjumpa lak pic nih.. walla.. cute2 kan? huhuhu.. aku suke ngan gambar ni.. Sume ade..huhu.. then macam sempoi giler jek.. Waktu ni semua x tau ape yang akan terjadi dan ape yang dah terjadi semuanya x di duga.. Masing2 dengan haluan sendiri. Ada yang berjaya dan ade yang tercicir.. Cam sedih lak.. huhuhuhuhu.. Apepun, Aku rindu nak jadi macam dulu..
Align Center



Ape kate, pada semua yang terlibat kat dalam pic ni, kite bergambar balik macam dalam gambar ni.. Erm, sure meletop kan..?


Fuhh~~~

Salam To All..

Sorry ek.. dah lame x update blog family kite nih.. bukan sebab xde ape2 yang dah berlaku tapi mase yang xde nak update kat blog ni.. Arini baru berkesempatan nak update blog family ni.. pada ahli keluarga yang lain, yang rajin online n nak join i update blog ni leh email i ur resume k.. hahhahaha..

Erm, ade permintaan yang inginkan setiap ahli keluarga Mansor ni di perkenalkan satu persatu dan rasenya memang ramai yang x setuju namun, semuanya akan di pertimbangkan... Tentang salasilah keluarga Mansor sebenarnya dah siap tapi x publish lagi.. Nak kumpul gambar setiap family tu payah sket. Apepun, akan di update nnt.

Pada 31 March 2008,
Seperti yang semua sedia maklum, Pak Anjang (Jamaludin Bin Mansor) telah kembali ke rahmatullah di Hospital Tanjung Karang pada pukul 4.00 pg .. Arwah telah sakit selama hampir 4 bulan dan telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jeram. Secara peribadi, pemergian arwah amat dirasai memandangkan semasa sakit dia ada di rumah dan setiap perubahan keatasnya, semuanya depan mata. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Al-Fatehah~

Thursday, February 28, 2008

Gambar Arwah Hj. Mansor Bin Lazi



Ok... Atas permintaan yang telah pun ditunaikan, inilah gambar Atok yang ade sebahagian besar daripada cucunya yang tidak mengenali kerana beliau telah pun menemui Illahi ... Kepada semua ahli keluarga, rajin-rajinlah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah atok dan uwan yang telah pergi ke sisiNya dan juga ahli keluarga yang lain yang telah tiada.... Al-Fatehah~

Tuesday, February 5, 2008

Selamat Bertunang

Di kesempatan yang ade nih, I nak ucapkan Selamat Bertunang kepada Ude dan Bakal 'kak ude'... Erm, majlis pertungan akan berlangsung esok... Dengar crite, hantaran dari pihak ude nih melambak2 u... Cam biase la semua hantaran adalah dari sentuhan khas 'ZZ Collection'... huhuhu...

Dengan ini, bagi pihak Mokteh Sam, I ingin menjemput semua ahli keluarga ke majlis perungan Ude on 07 February 2008 bersamaan dengan Tahun Baru Cina... Erm, kalau bertunang on Tahun Baru Cina, nikah nnt wat la on Deepavali... Malaysia kan Masyarakat majmuk... huhu...

Oklah... xleh merepek pepanjang nih... Continue later k...

Wednesday, January 23, 2008

Ude Confirm Merisik on this 26..

Yeah.. Yeah.. Setelah lame ude mencari... Gadis idaman dah di temui... Misi risikan akan dilancarkan... huhu.. Marilah same2 kite mendoakan beliau semoga mendapat keberkatan... -ameen

Sorry Seems To Be The Hardest Words...

Hemoh-Hemoh... just to inform that a certain topic was been deleted. It just to focus on the blog's main objective.. Wassalam..

Monday, January 14, 2008

Misi Risikan 2008 #01

Ini adalah misi risikan yang pertama untuk permulaan tahun 2008 nih.. Jan pk lain plak sebab misi ni adalah bertujuan untuk membina masjid... Dengar citer, 'Lelaki Ini' akan menghantar segerombolan ahli keluarga untuk melancarkan misi sulit ni... Sasaran merupakan seorang gadis kecil molek yang stay kat Kuala Selangor.. Misi ini akan di lancarkan on 26th January. Semoga Suksess ya.. (info akan di update later)
Ni lah lakaran wajah 'Lelaki Ini'

Guess Who..?

Gambar Lame-Lame

Ni nak mintak kerjasame korang sume la... Sesape yang ade simpan gambar2 family kite yang lame2 tu leh la scan by ur own n sent to keluargamansor@gmail.com. Xkire la gambar ape pun. Just want to recall our memories... Ataupun, u all can sent the picture to me by hand.
Pade sesape yang nak sent gambar2 tu via email, cam ni carenya.. memula, scan gambar2 tu cam biase then kumpulkan kat satu folder. dah kumpul sume2 gambar tu dalam folder, create a name. Mane la tau ade sesape yang dalam gambar tu pihak editor x kenal. dah tu, click kanan (right click) kat folder tu n compress to winrar or winzip. tapi bukan winamp tau. hahahha. tu adalah untuk memudahkan file tu di hantar n maybe size folder tu kecik sket. sebab gambar2 tu sure besar sizenye kalau x resize. erm, dah tu baru hantar kat email. kalau korang xde gmail, hantar je dari ape2 dmain email yg korang ade... kalau ade masalah, post komen ek.. -peace

Nickname on ur Comment

Hopefully, went u post ur comment on this site, plz put ur name or nickname at least. Be responsible for ur single word. Rase cam x gentle plak kalau post comment as anonymous. Or u might be not a part of Mansor's family.. Dont marah2 haa.. Peace

Perubahan

In my opinion, our family mesti ade perubaha.. u guys leh pk n nampak sendiri, malah ade yg penah alami pun.. banyak sangat kepura-puraan.. Sampai bile sume nih harus diteruskan..? Walla, letih nak pk n kalau nak di ubah satu persatu, sure perang besar akan berlaku but that just my opinion..
Contohnye yang paling jelas n nyata, mase kenduri. X kire la dulu ke sekarang asyik muke yang same je wat keje. Nop, I'm not to focus specific to anybody but everybody can see. Camne la nak ade hubungan yg lebih akrab dengan semua.. pasti akan ade klik sane sini. At least, tolong la ape2 pun kat dapur. N yang lebih memalukan, ade orang luar yg perasan and dah bercakap pasal ni. Sume ni perlu kesedaran diri sendiri. Kalau ade yang xleh wat keje sebab ade sakit, ha.. tunjuk surat dokter. huhu. I'm just kidding guys.
Macam kenduri aritu, si Man (anak angkat ayah) yang basuh pinggan waktu last. Pergh, x rase segan ke..? Tapi terpulang la pade individu, lain orang, lain otak n lain cara pemikiran. U guys can blame me directly kalau terase. This is also an advise for me too. Nobody perfect as in fact.

Saturday, January 12, 2008

Pejal n Family @ Sarawak

Erm, mengikut kalender masihi, abg pejal ( anak mama yang keje polis n kawen ngan polis tu) hampir2 nak pulang dari bercuti … Depa pi balik Sarawak ja… Jom kite reramai calling2 them untuk pesan2 la ape yang patut dari Sarawak tu.. contohnya cam terubuk masin ke, buah ape ke namenye tu, alamak puas mengingat ni.. erm, kirim ler ape yang patut…

Kenduri Balik Haji

Today, Abah Ecai (Hassim) akan pulang dari tanah suci Makkah setelah selamat menunaikan ibadah haji bersama dengan Paklong Shadan. Flight dorang di jangka tiba kul 3.00 ptg and hopefully their flight not had been delay. So, dah tentunya akan ade kenduri sedikit untuk menyambut kepungan dorang. Cam biase r, kenduri lepas Isya’.. Di harap semua ahli keluarga dapat turut hadir dan meringan2kan lah kaki tangan tuh untuk tolong wat keje sket2,… balik2 muke yang same jek kat dapor x best la… hahahhahha.. So, all the pictures akan di post kat blog ni n maybe I’ll add a part of slideshow picture that we can share together..

Wednesday, January 9, 2008

Kenangan ..


Ini gambar kenangan yang memang menjadi kenangan sebab ni la kali pertama family kite amik gambar beramai2 dan mungkin kali terakhir agaknya.... Ada yang ada, ada yang xda dalam gambar... yang kecik2 tu dah besar dan yang besar2 tu dah semakin tua..
Perlu tau yang banyak dugaan yang telah di lalui but adakah kita bangga atau menjadi semakin kecil dengan semua dugaan tu...? Terserah pada individu... Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1429... Azam Baru dan permulaan yang baru...

1 January 2008

erm... I lambat sket tulis news nih coz I sendiri ade 'Big Probs' yang I cari sendiri dan dah susahkan ramai orang... kes tu i xkan tulis kat blog nih coz ive my own blog with all my xtvt's that i've done before...
I just nak bgtau yang 'Abang Cho &Abg Chik (anak2 kakcu, bukan anak2 sidek tau) + mamat (anak pakngah Jong K, oopppss) telah di masukkan ke Skolah Tahfiz kat Seksyen 4 Shah Alam.. Same places dengan Abg Long (anak Alang Edie).. But im not sure that they all in da same place with Abid (anak along Jais).. I will come out with the latest info of that.. So, hopefully that they will happier there and their parents must be proud of them...

Thursday, January 3, 2008

Happy 2008 -

2008 dah mari... huhu. Semoga yang baik akan jadi lebih baik, yang elok akan jadi lebih elok, dan semoga semua ahli keluarga x kira la keluarga dekat ke, jauh ke, bau-bau petai ke, akan trus bahagia dan selamat dunia akhirat... Semoga di panjangkan umur dan ape2 lagi la....

Ameen ~

Friday, December 28, 2007

Comment

U guys can post ur comments here by clicking the link comment..
Plzz forward this blog address to all of keluargamansor's members...

Thursday, December 27, 2007

Result PMR dah kuar...

Result PMR dah kuar arini...
Keluarga kita yang mengambil PMR tahun ni ade 3 orang... Acu/Farhan (anak Mokteh Sam), Atin (Anak Pokteh Sudin) and Ida ( Anak Paklong Shadan)...
I dah tau result bebudak ni but I x dapat permission lagi untuk I 'terjah' kan result dorang kat sini.... Kalau semua nak tau, result nya boleh di banggakan gak.. Not toooo bad la...
Tahniah and Congratulations to u guys... Study very smart for ur future SPM... huhu..

IKM Perlis

Good Luck Amirul (anak Pakcik Jeman)

Hari ini, I dapat brite yang si Mirul telah selamat melangkah masuk ke IKM Perlis... Pakcik Jeman yang hantar... Smoga si Mirul belajar bersungguh2 dan mencapai ape yang dihajati oleh dirinya dan Pakcik Jeman...
Untuk pengetahuan sesiapa yang masih tertanya2 tu, si Mirul yang di maksudkan adalah anak Pakcik Jeman No. 2 (selepas Ain dan sebelum Syahid)... Alaaa, budak ni slalu tolong mak dia (Makcik An) wat putu piring petang2 tu... huhu.. Hurm, sape lah agaknya yang menggantikan tempat si Mirul tolong Makcik An wat putu lepas nih kan...? But I guess, Paklang Poji kot... Steady la Paklang...

Sakit Lagi???


Sudah pasti ramai yang mengenali 'jejaka' ini kan..? Yupppp!! Ni la PakLang Berahim (Ibrahim)... Dalam last 2 month, Paklang dah kerap masuk hospital but on the date of 20th December 2007 (Raya Haji), Paklang telah di hantar ke hospital Klang (wad 8) dan Doktor telah mengesahkan bahawa dia telah mengalami serangan jantung.... Kesian kat dia... Dia ni dah la ade sakit kuning... Di pendekkan cerita, dia telah di bawa pulang pada 26 December 2007 (kat umah Abah Ecai / Ucu) dan keadaannya masih stabil (tapi kenkadang dadanya bergelombang akibat sesak nafas kot)....
SubhanAllah... Kuasa tuhan semuanya... Diharap, Semua ahli keluarga dapat memberikan sokongan dan mendoakan agar dirinya cepat sembuh .... Sesiapa yang ingin datang melawat, silakan ...

Macam biase, kalau ade tersalah info, harap di beritahu... -Tata-

Siapa Sakit..?


Setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya....
Ni nak bgtau kat semua family, ade ahli keluarga kite yang sedang sakit... Dua orang skali plak tu..
Citernye macam nih... Memula, seperti yang kite semua sedia maklum yang Pak Anjang (Mr. Balok) telah jatuh sakit akibat terkena kuman kayap yang hampir melilit sekitar dadanya.. Tetapi, setelah lame kemudian, keadaan nye semakin parah sehinggalah sehari sebelum Abah Echai pi haji, Pak Anjang telah dimasukkan ke hospital Klang (wad 8). Dah tu, Sehari sebelum Raya Haji, dia telah di bawa pulang oleh anaknya (Ujie) ke rumah wan ( Abah Echai / Ucu) untuk menerima penjagaan.. Selama dia di hospital, dia telah di jaga oleh anaknya (Ujie).. Nak kisah lebih terperinci, just call me.. hahahaha..
Sehingga ke tarikh ini (27 December 2007), keadaannya masih same, x kenal sesiapa dengan baik dan juga tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri... Sejak dia kat umah tu, makan, minum, mandi dan segala-galanya telah di uruskan oleh ahli keluarga yang terdekat... Thanx a lot for ur support ( Ucu + Pak Wan +Mokteh Sam + Pokteh Mat + Kak Cu + Abuya dan ramai lagi)... Semoga, dengan berkat restu doa kalian dapatlah Pak Anjang yang kite semua 'sukai' (time dia menyanyi n berceloteh) sembuh semula seperti sedia kala....

Sebarang info yang kurang tepat harap dapat di maafi.... Jangan lupe komen untuk post ni... Same2 berkongsi cerita k........



Thursday, December 6, 2007

keluargamansor.blogspot.com

Hai there !!!
Actually, blog ni adalah sebuah blog keluarga yang mane menceritakan tentang asam garam dan pasang surut kehidupan yang berlaku untuk dijadikan sebagai sebuah memori yang x ternilai...
So, semua ahli keluarga di jemput untuk postkan cerita2, gambar2 dan ape saje yang boleh di jadikan pengalaman dan sebuah memori terindah..
For this blog, I sedang mengumpulkan koleksi gambar2 lama seperti gambar2 perkahwinan semua anak2 dan seluruh keturunannya untuk di jadikan koleksi. So, diharap sesiapa yang ade menyimpan bolehlah di postkan di keluargamansor.blogspot.com.

Adios ~